BEKAS Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, menuduh penggantinya, Gianni Infantino, sebagai biadap selain membidas rancangan untuk mengembangkan Piala Dunia.
Kempen di Qatar yang melabuhkan tirainya Isnin lalu menerapkan format 32 pasukan tetapi bagi edisi 2026, sebanyak 48 negara akan mengambil bahagian.
Infantino mahu hajat itu direalisasikan sejak dia menggantikan Blatter selain mempertimbangkan untuk menganjurkan Piala Dunia secara dwitahunan atau tiga tahun sekali.
BACA: Piala Dunia: FIFPRO bantah format baru FIFA
Malah, bekas presiden itu melabel Infantino bukannya bertindak demi kepentingan terbaik sukan tersebut.
"Apa yang berlaku ketika ini adalah pengkomersilan secara berlebihan," katanya kepada akhbar Jerman, Die Ziet.
"Ia umpama cuba memerah jus yang lebih banyak daripada lemon.
"Dengan 48 pasukan bertanding dalam Piala Dunia atau Piala Dunia Kelab, ia harus dilihat sebagai pesaing kepada Liga Juara-Juara (UCL) UEFA. FIFA tidak patut mencampuri urusan yang tidak menggugat mereka.
"Saya tidak rapat dengan Infantino. Dia berkelakuan biadap kerana telah menolak sebarang hubungan dengan saya sejak terpilih.
"Dia hanya berkomunikasi dengan saya melalui peguam."
Astro Arena
Thu Dec 22 2022
Sepp Blatter, bekas Presiden FIFA. - Gambar fail/Astro ARENA
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Laine sedia rebut tempat berdepan Oman
Nooa Laine bertekad untuk menawan hati Pan Gon sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia menentang Oman.
Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan dengan Oman - Brendan
Skuad Harimau Malaya perlu berhati-hati dengan taktikal baharu yang akan dimainkan pasukan Oman ketika berhadapan pasukan itu pada perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM harap Muhammad Nazmi kekal prestasi tinggi
FAM menaruh harapan agar Muhammad Nazmi Nasaruddin terus menampilkan prestasi tinggi ketika mengadili perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.
Final Piala Dunia 2026 di New York
New York mengenepikan bidaan daripada Dallas untuk memastikan perlawanan final diadakan di bandar raya itu.
Messi mungkin beraksi di Piala Dunia 2026
Messi tidak menolak kemungkinan untuk membantu Argentina menjulang Piala Dunia pada 2026 walaupun mengakui mungkin masa tidak mengizinkannya.
Messi tetap dapat tempat dalam skuad Argentina
Kelab Messi, Inter Miami, tersingkir sebelum playoff MLS dan dia tidak beraksi selama hampir sebulan pada pertengahan musim.
FIFA umum senarai stadium untuk perlawanan Piala Dunia 2026
Bilangan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 dijangka meningkat daripada 32 pasukan kepada 48.
Messi belum pasti beraksi Piala Dunia 2026
"Saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke sana. Saya belum memikirkannya lagi kerana ia masih jauh."
FIFA sahkan Piala Dunia 2026 kekal format empat pasukan sekumpulan
Sebelum ini, terdapat cadangan untuk format peringkat awal diubah membabitkan 16 kumpulan yang mengandungi tiga pasukan.
Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan
Pengendali berusia 58 tahun itu setuju dengan perjanjian tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.